Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS

June 20th, 2009 by lindaeezlin

Selama 6 tahun bersama Team Kawad Kaki KRS … tahun 2009 merupakan detik kemenangan yang paling manis bagi team2 KRS termasukla Jurulatih kawad Cikgu Aziz yang dari dulu sampai sekarang masih semangat melatih pelajar2 untuk berkawad…

Tahun ini Kawad Kaki KRS bukan sahaja berjaya mengondol Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS Lelaki & Perempuan malah berjaya membawa pulang Piala Johan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki KRS 2009… tahniah diucapkan …

hakikatnya… Pasukan kawad penuh dengan suka duka… dimarah.. dicaci… dikutuk… Mereka mungkin tak paham kenapa kite berkawad… macam tu jugak kita tak paham kenapa mereka asik pentingkan kurikulum sahaja… bila cakap pasal kawad macam2 berlaku… pakaian di campak.. didenda… dimarah sebab tak siap homework.. dsb… bila sebut pasal kawad da jadi trandmark budaknya mesti nakal.. malas belaja… tak pandai.. hakikatnya… kadang2 aku pk.. bukan semua benda kita nak jadi akan jadi camtu… abeh kalau yg pandai tak nak masuk.. yang baik suka dok dalam dorm…nak wat camne… tapi sapa kata budak kawad tak le berjaya… contohnya ramai.. mungkin anda yg membaca ni pun seorg budak kawad yang telah berjaya…

semoga tahun ni.. pencapaian bidak kawad dalam PMR dan SPm memberansangkan…

ersama team kawad mengajar kita seribu satu pengalaman…  displin….berkeyakinan … dan paling penting… KEJERSAMA…

click pada photo untuk melihat gambar2 kemenangan

lelaki mudah lupa….

December 22nd, 2008 by lindaeezlin

4 ari yang lalu bersamaan dengan ari jumaat …aku g PC fair di persada.. tujuannya cuma satu.. nak pegi beli external hardisk 320gb..pusing punya pusing akhirnya dapat gak la aku jumpa hardisk my passport wd yang harganya rm265.. ok lah tu.. tp nasib kurang baik… warna yang tinggal hanya warna hitam .. kat amoi tu.. kalau nk warna lain kena tunggu..bos dia ontheway nak sampai dari muar.. dlm sejam.. huhuh…aku tgk jam baru pukul 1255 ni.. nak taknak aku cakap takpe la aku tunggu ah… tp taknak la tunggu kt ctu.. cam nak migraine plak tgk org ramai2 tu.. so aku decided nak lepak kat kotaraya dulu la sementara menunggu…

sampai kat kotaraya bukan niat nak makan pun tapi aku da mula boring nak tunggu lama2 so kaki pun  melangkah ah ke kedai kluang station.. kali ini aku memilih untuk duduk di luar…seperti biasa aku mengorder roti bakar kaya dia… sambil makan aku memandang sekeliling… aik kenapa ramai lelaki berdiri kat tepi tangga n koridor masjid.. baru aku teringat … ari ni ari jumaat.. suara imam membaca khubah mula berkumandang..sorang demi sorang lelaki aku tengok melangkah.. bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki islam…

pandangan aku mula beralih arah ke dalam kedai kopitiam tu.. aku tgk ader sorang mamat melayu ni tengah dok makan ngan beberapa org gadis.. kemudian di sebelahnya mejanya kelihatan sebuah keluarga.. anak .. istri n suami.. makan semeja..  selamba ker… takpelah.. detik ati aku… mungkin jap lagi g lah tu…  then aku melemparkan pandangan ke restoran di hadapan aku pula.. aku tgk ader 2 org pemuda melayu.. sorang jadi cashier manakala sorang lagi ambik order.. gaya mereka seperti kelamkabut je.. mungkin tergesa-gesa nak menunaikan solat jumaat..

kemuadian kedengaran imam mengangkat takbir.. lelaki2 di hadapan ku mula bangun dan bersedia mengangkat takbir… manakala lelaki2 di dalam dan di hadapan kopitiam masih seperti biasa.. seperti tidak ada apa2 yang berlaku… sehinggakan berakhirnya solat jumaat mereka masih setia di tempat masing2… mungkin ini yg di katakan akhir zaman.. manusia sudah tidak takut… tidak takut dengan balasan ALLAH..

kalau dulu … sewaktu aku masih sekolah.. aku lihat kalau budak2 malas nak sembahyang jumaat pun.. diorg tetap pergi.. tapi melepak kat depann pintu masjid… sekarang ni.. org tak pergi sembahyang.. dengan selambanya melepak kat shoping2 kompleks… kat kedai makan… tanpa rasa malu… semoga mereka2 ini tidak ramai…..

HISTERIA

February 15th, 2008 by lindaeezlin

nampaknya tahun ni … sekali lagi HISTERIA melanda warga SAKTI.. masih teringat lagi pd tahun 2005.. time tu betapa teruknya HISTERIA ni.. sampaikan seorang ank murid ku tak dapat meneruskan persekolahannya di sini.. n tahun sekali lagi ia menyerang.. bak kata CIKGU ALIM 4 tahun sekali ia akan datang menyerang…cam selalu aku cakap kat dak2 gurl…yelah asik awak je nak memekak nyanyi lagu besday..sambut ari jadi.. mahkluk tu pun nak gak merasa… nak wat gathering… huhuh

tapi tahun ni tak la teruk mane.. n yang pastinya.. cam biase.. budak boys tetap tak kena.. yang kena semua gurl.. memandangkan tahun ni aku berada kat quartes…so aku pun menjengahkan diri setelah mendapat sms dari warden aspuri yang baru.. ustazah noraini…minta tolong datang… memang nak datang awal tp memandangkan malam tu episod terakhir  JELATANG.. terpakselah melambatkan skit pergerakan ke surau.. nasib aku tak tengok sgt chita ni,.. hampehnya ending.. POYO je… huhu

aku pun ajak la US (warden + rumet + ustazah)..  mukenya pucat semacam.. huhuh.. dier ni penakut skit.. nama je ustazah… aku raser dalam fikiran dier..  kalau tak gi.. dok umah sowang2.. kalau g..  entahh apa akan terjadi.. huhu.. aku selamba je.. nak gi jom ah? tak nak takpe.. huhuh.. dier dengan berat ati ikut…

kes paling teruk berlaku kat skul… cian budak ni.. memekak meraung je.. ramai yg ader.. ajis.. kulim.. kaunselor baru.. cikgu alim.. orang yang mengubat.. n PENGETUA.. (cam tak caya kan.. huhu…) then aku gi ahh surau plak.. cian plak warden baru LINA.. sowang2.. mule2 da okey da.. entah camne bila yang kena paling teruk masuk je surau… menjerit.. budak jadi tak betol blek.. maka ramailah yang terkena blek. menangis pun ader.. penat gile.. nak suruh bace ayat kursi.. sampai kan ader 1 kes tu.. aku yg dimarahnya.. hhuhu hampeh tol.. tahu aku rekod.. bertapa derhakanya budak ni memarahi aku..

bile  da reda.. suruh dak2 ni turun DM .. kumpul ramai2 citu…pelik gak.. tibe2 suasana senyap je.. semua terkumat kamit membaca.. kalau tak.. menyanyi.. melalak .. mengilai … tak kena masa… tp aku percaya.. benda ni.. tak lama… lepas tu mula la blek melalak… menjerit… mengilai mereka ni…entah macam mana ader plak yang menjerit… budak mule la ketakutan.. start da blek.. naik letih aku dibuatnya.. so apa lagik .. terpakse suruh yg takut tu dok ujung dunia.. n ditenangkan oleh kawan2nya.. bile keadaan da okey.. aku suruh kumpul… gi tido.. nak gi toilet,., ramai2.. jgn lupe ambek air sembahyang.. n x perlu matikan lampu… ader plak yg tak nak blek tido.. nak tido kat DM.. aku selmba je kata.. nak tido sini.. bley… sy tak kisa.. tp semua nak blek tau… pucat lesi muke dak2 ni.. huhuh baru tahu….

kul 12.30 baru la semuanya berakhir.. naik letih aku…. da cam warden plak.. huhu ada plak yg tanyer tak nak jadi warden ke tecer….yang  pasti aku tak nak jd warden.. sebab tak best… huhuh n dengan aku selain us.. sorang lagik cikgu baru yg dok asrama tido umah kitaorg.. cikgu ni kelakar gile.. arap badan je besa.. suara besa… tp penakut.. mase kat dm lagik… dengan begnya.. da sound aku awal2.. akak malam ni kite tido umah akak tau… hhuhuhu…

p/s; aku pun bukan berani sgt.. wat2 konfiden je.. huhuh

Slamat tahun baru semua…

January 9th, 2008 by lindaeezlin

Baru je sudah mengerjakan fardu magrib dan di ikuti dgn isyak.. masuknya magrib maka umat islam di seluruh dunia menyambut tahun baru.. hakikatnya tak sama dgn bagaimana negara kite menyambut tahun baru baru2 ini… tiada konsert dengan pekikan artis2 bekumandang… segalanya2 nya tenang… terasa sayu meninggal kan tahun lepas.. dan bersyukurnya skali lagi tuhan memanjangkan usia ku…

Semoga tahun ni akan lebih baik dr tahun sebelumnya.. semoga tahun ni sudah hilang segala dendam2.. yg sebelum ini membara..  hakikatnya  kite semua  sentiasa  cuba  wat yang terbaik.. tahun ni aku harap takder da pljar yg aku benci.. seperti tahun lepas.. dan aku mengharapkan itu yg pertama dan terakhir aku membenci seorg pljr.. mungkin pandangan kite berbeeza.. n mungkin aku sendiiri tak kenal dier macam mana org lain kenal… kebiasaannya persepsi kite berbeza.. mungkin aku jahat kerana penuh dgn dendam…  tp tuhan da tunjukkan segala2nya… sewaktu spm….

Tahun ni seperti tahun2 yg sudah.. aku mengharapkan kebahagiaan, kegembiraan dan kasih sayang sentiasa melimpahi aku… SAKTI terlalu istimewa.. di sini aku kenal kawan.. sahabat.. musuh.. ske dan duke bersama slamanya…

lagi kisah majalah

September 24th, 2007 by lindaeezlin

seperti yg telah aku wawarkan dalam majalah sekolah last year edisi army of sly…perletakkan jawatan aku sebagai guru majalah.. n tis year.. penasihatnya merupakan seorang yg terkenal dgn PRnya yg baguih.. yg disayangi oleh anak2 buahnya yg gemar melalak pd waktu prep..  dan  ketua editornya merupakan seorg guru baru.. yg  digemari oleh  bdk2 f4…merupakan  x  housemate  2 minggu aku.. yg hanya gitu2 je ngan aku…

menariknya yg nak aku ceritakan di sini.. ialah apabila harga majalah pd tahun ini menjadi RM28 bagi pelajar2 F5.. gile… benda ni semua aku tahu sewaktu edisi penggambaran guru di mana pd waktu itu aku hanya dok kat blik guru.. sebab tis year aku bertekad tak nak ader muke aku kuar kat majalah sakti pd tahun ni.. huhu… merajuk?? tak la.. tp bengang ngan kepala skola 2 ada…

semasa aku masuk kat kelas 5m… budak semua datang dekat ngan aku.. bermula dengan aizi azri.. bekas pemain kriket sakti.. selaku ketua kelas membuka bicara… tecer..
sy nak komplen ni.. sy tak puas ati la tecer pengurusan majalah sekolah tahun ni… napa?
ader ke patut kitaorg kena bayar RM400 ringgit.
setiap sorang?
tak la satu kelas bayar 400, lebey kurang rm13 sorang, maknanya satu form RM2000.
nak wat pe awak kena bayar.. (time tu kelas da gamat da ngan raser tak puas ati masing2…
utk wat kitaorg nya form la tecer.. yg kat belakng tu.. da la ambek gambar sekitar skola je.. dier nak wat warna.. agak2 kitaorg bley tak bagutahu hjh halidah…

hai.. gile betol la sekolah ni.. asik nak makan duit je.. semua nak duit.. ini nak duit.. itu nak duit.. 2 bayar kolam 2 tak selesai lagi.. pamnya da org tu ambek.. ni isu majalah plak.. aku terus terang je ngan dak2 tu..jgn bayar.. jangan  jd  batch pertama  yg bayar… sebab aku tahu duit yg diorg bayar 15 memang takleh nak menampung majalah tp kan ader sponsor.. sedangkan last year aku bley save RM3000 yg slama ni tak penah pun ada dr tahun 2003 lagi sewaktu aku berkecimpung dgn majalah skolah….n sekarang diorg nak kutip rm2000 lg.. tak cukup ke baki yg aku tinggalkan tu.. tolong la.. mcm mana la skola ni n ak maju dengan ader nya… org2 yg mata duitan camni.. aku hanya bley tlg nasihat je.. terpulang pd budak2 ni.. sebab hakikatnya kalau cakap lebey2 kan aku dituduh menyogok pelajar tak skekan guru.. cukupla tahun 2005 penuh ngan kenangan pahit manis… sedey n gembira… semua anak2 murid aku semuanya menjadi seorang yg berguna kepada masyarat n negara.. semoga mak ayah kite berbangga dengan kita….

5i_copy
Img_0608
Img_0563
gambar yg aku ambek n ada diantaranya yg aku edit.. ngan dak2 f5 tahun ni.. diorg mintak aku tolong watkan page diorg kat majalah tp bile da jadi camni… tak nak aku.. biarla benda ni jd kenangan je…

trip to bandung

August 20th, 2007 by lindaeezlin

masa tengah menulis ni… tyme ni aku da kat jakarta da.. 5 more days 2 go… last 2 days i went to bandung.. biaser la cam kat kota gak.. bandung ni syurga kain.. but aku tak banyak pun membeli belah kat cni.. sebab aku prefer lagik jakarta dari cini.. ermmm mase kat cni dapatla kirenya aku makan benda yg mungkin bagi aku pelik kot.. tp kebanyakan makanan kat cni bley bersepah2 kite jumpa kan.. anta benda yang pelik aku makan yelah cup corn dier.. ader letak chess sedapt gile.. harganya baru dalam rm1.50.. murah kan.. mane nak dapat.. siap ngan chess lagik.. then makan aiskrim durian.. letak topping coklat lagik.. best2.. harganya dalam 80sen je.. huhuhu then masa kat rest house dier aku makan nasi kunyit.. huhu nasi ni kalau cam kat tempat kite mesti cakap nasi pulut kan sebab warna kuning tp kat saner nasi kunyit.. yang dimakan dengan kopok.. telor dadar.. sampal yg nampak ciput tapi pedas, timun n sambal tempe.. rasernyer.. nyum.. nyum.. nyum.. bley ahhh…nantik sambung ahh .. tensen takleh nak up load gambar…

terkilannya aku….

August 1st, 2007 by lindaeezlin

td baru je lepas ceramah est kat dewan.. biaser la kan nak dekat peksa da.. fokus lebih kepada teknik menjawab  kertas EST… start pun lambat dalam pkul 8.30… n mungkin da lumrah.. namanya pelajar… walaupun diberi rehat secukupnya tp tepat kul 1030 dah mengeluh2.. tibe2 sayu je ati aku bila dengar ada yg bebel.. yang ngeluh nak blek.. aku terus beri kebenaran sapa yg nak blek tu.. tp peliknya takda plak yg nak blek..
    lepas je teknik mejawab.. pesanan aku yg terakhir kat dak2 ni.. sapa yang dgr apa yg sy bagitahu semoga anda smua dapat A… semua bertepuk .. bersorak..  then  aku  sambung bagi yg tak dengar apa yg telah kite bincangkan  sy harap tuhan  balas apa  yang awak buat  kat sy..  sy tak penah kisah  walaupun awak  fail…  terus  senyap  sepi je  dewan…  lepas tu ader gak la yg jumpa aku.. tanyer macam2.. on the way back.. trus je perasaan sayu wujud dalam diri.. entah macam mane.. setitik demi setitik air mata aku tumpah.. tibe2 terasa sayu sngt… kdg2 kite raser kite da cuba wat yg terbaik kan utk budak2 ni.. tp tulah tak penah nak hargai apa yg kite cuba lakukan… sentiasa mengeluh…
    ingat lagi waktu SPM 2005 di mana kelas pemulihan yg sepatutnya 30 org cuma 5 org sahaj yg ader.. dan memang Allah nak tunjuk.. apa yg aku cakap tulah yg kuar dalam SPM… kite punyalah susah payah datang dr jb.. korbankan masa cuti… tp tak penah nak hargai.. malamnya aku sumpah dak2 ni.. aku tak halalkan apa yg aku ajar… ramai yg nangis… bukan saja mereka menangis.. aku pun sama.. sedey bile apa yg kite buat tak penah nak dihargai.. aku bukan nak minta duit.. mahupun harta diorg.. ckup sekadar menghormati aku… aku hanya mampu menolong sekadar yang aku mampu… n sememangnya pengorbanan seorg guru utk mengajar hanya dalam 30% sahaja.. yg lainnnya adalah usaha mereka sendiri…

    aku tak penah ske menyumpah.. tp aku raser tulah yg budak symbolize aku.. aku bukan ske menyumpah.. tp kadang2 dengan menyumpah tu akan mengingatkan budak2 ni.. terus terang aku cakap.. aku tak penah kisah peratusan yg akan dapat A mahupun yang fail.. tp yg aku kisa bila budak2 ni tak respect cikgu… pantang betol aku kalau budak2 tak menghargai atau take for granted je apa yg kite cakapkan.. atau cuba usahakan utk mereka.. takpelah.. skarang mungkin tak nampak lagi..   

    tp kena ingat… pengorbanan seorg guru.. kat skolah ngaja..then petang wat kelas tambahan.. malam plak kelas pemulihan.. n takda apa yg perlu dibanggakan dengan guru dibandingkan doktor.. mahupun engineer.. malah jika dibandingkan dengan gaji… apa la sangat…
    utk menempuh SPM mahupun apa jua bidang akan datang.. yg paling penting… keberkatan n keikhlasan dan keredhaan guru mengajar… dengan ilmu2 tulah yg akan membawa kite pergi jauh… yg akan memajukan kite… walau macam mane kite tak ske pun guru tu.. kite kena hormat dier walau macammana pun mereka wat kite.. kerana mereka tetap guru kite… slamanyaaaaaaaaa…. kite kena ingat.. apa yg kite wat tuhan akan balas… smoga kite sentiasa dirahmatiNYa….

susah nya idup…

July 1st, 2007 by lindaeezlin

assalamualaikum..
sebagai bakal guru,saya rase malu dgn pengakuan seorang wanita yg tlh bergelar guru..sbg seorang kakak jg,saya berasa sedih dgn apa yg diperkatakan…hakikatnya,sayalbh mengenali adik saya yg sebenarnya.
sbg seorg Islam,amat dimurkai Allah andai menjatuhkan aib seseorang..
balasan Allah terlalu berat..
hentikanlah menulis tentang perasaan yang tidak menyukai org lain itu
kepada khalayak ramai.sebaliknya,muhasabah kepada llah..mengadu kpd
Allah..andai ada salah faham,berbincang adalah jalan terbaik
semoga Allah melindungi kita semua dari prasangka buruk..
salam maaf..

 

hakikatnya… kalau semalam korang sempat bace blog aku ni.. mesti korang pelik kan eh hh da jadi lain plak ni… huuhuhu aku semalaman berfikir,, n aku raser aku da malas da… hakikatnya satu kesilapan besar dier skali lagik cuba kacau idup aku… aku tak penah nak kacau idup org tp kalau org asik kacau idup kite je sapa bley tahan kan.. aku bukan malaikat.. aku pun ader ati n perasaan… malah aku da biaser sgt jmpa org2 camne… takpela.. kalau raser ADIK tu betol.. persilakan.. aku takkan ulas apa2 lagik… cuma satu je aku pesan.. tolong la jauhkan ADIK awak tu dari sy.. tolong la…. antara sy n ADIK awak tu hubungannya hanya pelajar n guru je… tak lebey dr tu.. sy masih tahu menilai lg.. sy takkan adukkan personal ngan  kerja…tp kalau tak tahan ngan saya suh dia pindah kelas… n baik AWAK atau ADIK awak.. lepas2 ni tak payah nak menyibuk2 dalam blog mahupun FRIENDSTER saya ni… terima kasih atas nasihat di atas.. sama2 la kite praktikkan.. mungkin elok dipraktikalkan oleh ADIK awak sendri.. kalau tak xkan jd camne…   n semoga awak takkan jumpa ngan pelajar yg sedemikian rupa bile awak dah jd pendidik nanti…

ke london kite….

June 22nd, 2007 by lindaeezlin

semalam member baik aku masha called.. rasernya da lama gamatnya aku tak jumpa ngan dier… banyak2 kawan aku dier jek la yg tak kawin lagik.. dier tepon aku pun dalam perjalanan balik dr tempat keja dier citi bank kl…rasernya da lama tak hang out ngan dier… dulu rajin gakk turun kl tu lepak2 umah dier… jalan2 makan kat kg melayu.. lepak n shoping kat klcc and anywhere je around kl.. tp sekarang da tak lagik.. maklumla semua sbuk.. dier pun jarang balik jb…rindu rasernya nak jumpa dier… dalam borak2 tu dier ajak aku g london next year.. one thing.. we don have 2 worry about accomondation… sebab one of my friends got a house there… so bley ahh lepak skali kat sane… dulu g aus pun dah spent about 6000 lagikkan g london.. huwaaaa…mahu 10000… ermmm berpeluh gak ni nak kena simpan.. mahu kena pose je sepanjang tahun ni.. hahahahaha.. apa pun hope sgt dapat g… doa la segalanya berjalan lancar k… bln 8  ni gi indon.. jakarta n kalau sempat mungkin bandung.. lagik pun my bro ader kat sane… parents aku dah 3 kali g tahun ni… aku gak yg tak sampai2 sane.. maklumla sibuk manjang… tak menyempat2 nak g.. hope sgt bln 8 ni semua okey….bley la tgk sambutan merdeka warga indon…kekkekkeke

kadang susah nak puaskan ati org

June 20th, 2007 by lindaeezlin

dalam idup ini, pernah tak korang pk selama korang idup ni hanya nak puaskan ati org lain….kaddang2 rasa busan… hakikatnya dalam idup aku ni … aku da busan jumpa org macam ni… dah muak rasernya… setiap kali mesti hal ni yg berlaku… aku terpakse wat semua benda utk puaskan ati org lain.. dulu waktu time blaja sampai la keja ni.. org slalu tak penah nak hargai apa yg aku wat kat diorg.. yg diorg tahu… nak mara2… nak halang ni.. nak halang tu.. nak bagi peraturan ni… nak bagi peraturan tu…utk kepuasan diri sendiri… diorg kata ni semua utk kebaikkan aku… aku takkan nampak benda ni… tp kalau diorg napa aku tak penah sediakan peraturan…idup aku ni dr dulu smpai sekarang rasernya di aturkan oleh org… org slalu halang aku buat benda yg aku ske…benda yg kadang kladang aku rse aku perlu buat..n aku nak buat… hakikatnya aku da busan ngan smua ni… n kadang2 aku raser baik aku jauhkan diri dr bersama dgn org2 macam ni merupakan jln yg paling baik…. mungkin aku perlu mengambil satu keputusan yg drastik.. n kali ni aku buat semuanya utk aku….